Wednesday, June 20, 2012

sesuatu untuk dipelajari... :)

Salimah masuk ke kedai kain itu untuk memilih kain yang sesuai untuk dibuat baju. Ia merupakan pertama kali dia masuk ke kedai itu. tiba-tiba perutnya terasa lain macam. "alamak, kena cepat-cepat beli kain ni, karang terlepas angin kat sini... " "Nasib baik la xde org, pakcik tuan punya kedai je yg ada"

Salimah kini di lorong yang kedua, kain2 yg sedikit mahal daripada lorong sebelumnya...
"susah jugak ye nak pilih kain sambil tahan kentut" fikirnya seorang2. ketawa kecil menyusul kerana kelakar memikirkan apa yg baru terfikirnya tadi... lol

di lorong kedua itu, salah satu lembaran kain menarik perhatian matanya... "wah! cantiknya kain ni!" fikirnya dalam hati...
Tiba2, dengan tidak sedar dan tidak dapat dibendung, terlepas jugak bunyi yang kuat dan tajam. dan yang pasti bunyi itu bukannya berasal daripada tuan punya kedai...




"Ya Allah, malunya... confirm pakcik tu dgr" kalau nak diikutkan hati nak je Salimah terus balik rumah. tapi kain di tangannya itu meminta2 untuk dibeli...
"alamak, camana ni? panasnya muka aku. confirm merah ni" "hmmm... nak balik ke nak bayar ni?"... last2 Salimah ambil keputusan utk membayar harga kain tersebut... Salimah melangkah ke kaunter. Pak Cik tadi tengah sibuk menyusun kain di belakang kaunter.
Tanpa melihat muka pak cik tadi, Salimah bertanya harga kain yg dihulurnya...
?!?... pelik, pak cik ni tak toleh pun... "Pak cik, berapa harga kain ni?"... sama juga, tiada reaksi...
"isy, pekak apa pak cik ni?" fikirnya. kali ketiga baru pak cik itu menoleh, tapi tidak menjawab, malah memasang muka "ya, akak nk apa?"...
"isy, main2 pulak pak cik ni"... "Pak cik, saya tanya baik2 ni, berapa harga kain ni?" kemudian pak cik tadi mengeluarkan kertas dan menulis harga kain di atas kertas

"astaghfirullah, pak cik ni betul2 pekak ke?" Salimah cuba mendapatkan kepastian. dibuatnya isyarat dgn tangan "pak cik x dgr ke?"... Pak cik itu cuma senyum sambil mengagguk.

Malunya tadi beransur hilang. rupa2nya tuan kedai tu pekak, lega rasanya Salimah. Xde sebab la utk malu atas 'insiden' tu. Salimah membayar harga kain tersebut, mengisyaratkan terima kasih dan cepat2 keluar. bersalah pulak rasanya buruk sangka dgn pak cik tu... huhu... yg penting insiden dia kentut in public tadi xde siapa yang tahu...


Di Sebalik cerita itu, pak cik tadi kedengarannya perfectly normal... tetapi kerana ingin menjaga kehormatan Salimah, he played deaf... berpura2 pekak, berpura2 tidak dengar... kerana kehormatan wanita bukanlah sesuatu yg boleh dipandang ringan...

pengajarannya... jagalah kehormatan wanita... wanita dulunya di zaman jahiliah ditindas, dilayan dengan teruk.... tetapi datangnya Islam, sangat meninggikan darjat wanita... sehinggakan dalam Quran adanya surah "An-Nisa", "Wanita". xde pun surah "ar-Rijal" "lelaki"...
hadith2 nabi pun banyak yang menekankan perkara ini antaranya (mafhum hadith)
"sebaik2 kamu, adalah yg berbuat baik pada isteri2 kamu"

syurga bagi seorang anak pun bergantung pada redha ibu jauh lebih daripada redha bapa
"Syurga di bawah tapak kaki ibu"

kalau nak kata seorang isteri kena taat pada suami betul, tak dinafikan. tapi suami itu pula kena taat pada siapa? IBUnya, yang merupakan wanita. Jadi di sini wanita atau lelaki yang lebih mulia? seolah2 kalau dilihat dari sudut itu, wanita yang lebih mulia... kn?

but in the end, yg paling mulia di sisi Allah, adalah yg paling bertaqwa, x kira lelaki atau perempuan...

laki2 atau perempuan... kedua2nya ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri... Malah saling melengkapi antara satu sama lain... kena selalu besyukur atas perkara tersebut.... bersyukur kerana dijadikan wanita... bersyukur kerana dijadikan lelaki...

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment


ITS MY BIRTHDAY

Daisypath Happy Birthday tickers